Monday, December 14, 2009

Tegakkan Islam dalam Diri

Al Ustaz Mustafa Masyhur telah mengeluarkan kata-kata nasihat yang bernilai kepada kita. Katanya اصلح نفسك واد عو غير ك “ Perbaikilah diri kamu dan serulah orang lain “ . Ini dapat difahami bahawa pertama-tamanya bahawa Islam perlu ditegakkan di dalam diri kita sendiri. Apabila Islam tertegak di dalam diri kita maka akan mengembanglah laksana pokok, semakin menunjang akarnya maka semakin merendanglah daun dan semakin menjulang pucuknya. Kita perlu suburkan keimanan kita dengan wahyu-wahyu Allah s.w.t dan sirah para sahabat. Kita perlu suburkan kefahaman kita dan syaksiyyah kita dengan Islam.

No comments:

Post a Comment