Saturday, March 12, 2011

Coretan Puisi Gotong Royong KTD 2010



Terima kasih KTD
Memberi kami peluang dididik dan berbakti
Walau belum berpeluang menyertai MKPadang
Membantu saudara seaqidah di tanah seberang
Hati kami sedikit terubat dengan gotong royong ini
Bersama anda di KTD
Terima kasih KTD
Memberi peluang kepada kami menabur sedikit bakti
Selama ini anda terus-terusan menagih simpati kami
Pohon sumbangan harta, masa dan tenaga
Membantu anda melaksana tanggungjawab besar ini
Kami sekadar empati, entah hanya simpati
Sekadar memberi sumbangan wang ringgit, sokongan moral & iringan doa
Betapa kerdilnya rasa iman kami
Tidak mampu menyumbang seperti apa yang anda sumbangkan
Tapi hari ini hati kami girang
Dapat memberi sekelumit sumbangan walau tak seberapa




Terima kasih KTD
Menganjurkan program ini
Beramai-ramai kita turun membanting tulang
Penuh keriangan, tidak terasa keringat di badan
Membersih sekitar, mencuci sawang, mengecat bangunan, melanskap kawasan
Tua muda, lelaki dan wanita
Berbakti penuh semangat
Yang ringan sama-sama kita jinjing
Yang berat sama-sama kita junjung
Kerja berat menjadi ringan
Esprit de corps penuh kekaguman
Muka-muka relawan berseri-seri, penuh kegembiraan
Bekerja tanpa tekanan, tapi penuh kepuasan
Menyumbang penuh keikhlasan
Muqallatoh dan bertegur sapa
Menjalin mahabbah dan ukhwah terus dibaja
Mencari mardhatillah subhanahu wata’ala





Terima kasih KTD
Kerana rai kami dengan hi-tea
Ucapan Pegawai Eksekutif sebagai santapan rohani
Membangunkan KTD dengan penuh kepayahan
Kami amat mengagumi anda
Anda kebanggaan kami
Andalah di barisan hadapan perjuangan ini
Teruskan mujahadah ini
Kami sentiasa bersama anda
Kesusahan anda kesusahan kami jua
Kegembiraan anda kegembiraan kami jua
Terima kasih KTD
Kami pulang penuh kepuasan
Walau sedikit masa, harta dan tenaga kami korbankan
Lain kali panggillah kami untuk terus dididik dan berbakti
Insya Allah akan kami datang lagi
Moga mendapat ganjaran dunia dan ukhrawi
Memperoleh janji jannah Allah azawajalla


Oleh: Syukri Nordin
Relawan HALUAN P.Pinang
Sempena Program Gotong Royong Perdana HALUAN-KTD

2 comments: