Saturday, February 19, 2011
KeredhaanNYA mesti menjadi matlamat kita
Assalamualaikum...
Moga kalian semua dalam perlindungan ALLAH SWT.
Kali ini saya ingin membincangkan kepada anda semua mengenai matlamat kita hidup didunia.Ya semestinya kita ingin memasuki SyurgaNya tetapi adakah kita akan masuk ke syurga tanpa keredhaan dan rahmatNYA??? Tanyakan diri dan iman kita sama ada adakah segala yang kita lakukan adalah semata-mata untukNYA atau untuk dipertunjuk-tunjuk.
Manusia pada masa ini amat sempit akal fikirannya sampai ada yang berkata "Aku dah pergi Umrah dan Haji banyak kali dah buat apa aku buat ibadah disini padahal pahalaku sungguh banyak" Astarfirullah,banyakkan bertaubat dan minta ampun kepadaNYA jika ada yang berkata begitu.Kita tahu Kehidupan kita didunia hanya sementara dan segala amalan yang kita buat tidak perlu dikira kerana DIA iaitu ALLAH SWT lebih mengetahui dari kita semua.
ALLAH SWT amat sayang kepada hambaNYA yang patuh dan taat kepadaNYA.Sentiasalah meminta kepadaNYA agar kita semua jauh dari perasaan riak dan bangga akan segala ibadah yang dilakukan dan sentiasa ingatlah kepadaNYA kerana ALLAH SWT akan sentiasa ingat kepada hambanya yang selalu ingatkanNYA.
Surah Al-Baqarah 152 yang bermaksud:
"Maka Ingatlah kepadaKU,Aku pun akan mengingat kepadamu.Bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu ingkar kepadaKU"
Jadi marilah kita jadikan matlamat utama adalah keredhaanNYA..InsyaAllah..Ameen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment