Thursday, November 4, 2010

Program Ziarah Bakti-MTSA


Assalamualaikum....Beryukur kehadrat Ilahai kerana baru-baru ini kelab akademik KTD iaitu Persatuan Pelajar Pengurusan Teknologi atau lebih dikenali dalam bahasa inggeris MTSA iaitu nama pendek bagi Management Technology Student Association telah mengadakan satu program khidmat masyarakat di Rumah orang tua-tua.

Progaram ini telah diadakan di Rumah Seri Kenangan,Taman Kemumin, Pengkalan Chepa,Kota Bharu,Kelantan.Seramai lebih kurang 40 orang ahli MTSA telah mengikuti progaram ini yang dijalankan selama hampir 3 jam. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 minit dari KTD tidak memenatkan para peserta. Nama program ini adalah Program Ziarah Bakti- MTSA, bersesuaian dengan objektif utama yang menekankan dimana "Untuk melahirkan Generasi yang Penyanyang dan Bertanggungjawab". Bilangan ahli Rumah Seri Kenangan adalah hampir melebihi 20 orang.Sebelum aktiviti dijalankan oleh kami,terlebih dahulu kami semua di perkenalkan mengenai latar belakang Rumah Seri Kenangan oleh pegawai mereka.




Antara Aktiviti yang dijalankan adalah:

1) "Air Love You" iaitu permainan yang melibatkan air dimana setiap ahli kumpulan diminta untuk menghabiskan air tersebut dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
2) "Melukis Potret" Melukis wajah para ahli penghuni rumah seri kenangan mengikut kumpulan masing-masing.
3) Aktiviti Potong Kek: untuk meraikan semua warga emas bagi mereka rasa gembira.


Sesi penyampaian cenderahati kepada pihak Rumah Seri Kenangan



Dengan adanya program seperti ini akan memberi kita semua kasih dan sayang terhadap warga yang lebih tua dari kita terutama Ibu dan Bapa kita yang telah banyak mengorbankan harta dan tenaga kita bagi mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna di dunia ini. Mudah- Mudahan aktiviti seperti ini dapat kita jalankan pada masa akan datang..Ameen

No comments:

Post a Comment