Sunday, October 3, 2010

Mengapa Doa Kita Belum Dimakbulkan ?





Sesungguhnya manusia dijadikan daripada unsur yang lemah dan berhajat kepada segala kekuatan yang dimiliki oleh Allah. Walauapapun kekuatan yang dimiliki oleh manusia samada dalam bentuk kekayaan harta benda, pangkat yang tinggi, fizikal yang gagah dan pemikiran yang melebihi orang lain, namun apabila sampai ke satu tahap di mana manusia tidak mampu untuk menyelesaikan permasalahan mereka sendiri, maka mereka akan mengingati kepada satu kuasa yang lebih hebat dan kuat daripada mereka. Samada sedar atau tidak mereka seringkali meluahkan isi hati kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa yang boleh merungkaikan kekusutan jiwa. Ada manusia yang mempunyai harta kekayaan yang banyak melimpah ruah namun mereka tidak dikurniakan anak sebagai penyambung zuriat generasi mereka, lalu mereka berdoa kepada Tuhan agar dikurniakan anak. Ada manusia yang mempunyai kekuatan fizikal yang hebat namun mereka tidak dikurniakan akal yang pintar, lalu mereka berdoa kepada Tuhan agar dikurniakan kebijaksanaan. Justru itu selagimana seseorang itu bernama manusia, maka ia mesti kembali kepada Allah pencipta manusia itu sendiri dengan berdoa dan memohon sesuatu daripada Yang Maha Esa. Allah s.w.t menyelar sikap sesetengah manusia yang enggan berdoa kepadaNya, dengan menggelar mereka sebagai orang yang takabbur, angkuh dan bongkak sebagai maksud firmanNya:

"Sesungguhnya orang-orang yang sombong daripada berbuat ibadat kepadaKu, mereka akan memasuki jahannam dalam keadaan hina" [surah al-Ghafir: 60] Ini kerana doa dan permohonan kepada Allah s.w.t merupakan intipati atau paksi kepada segala amal ibadat yang lain sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w: "Doa itu paksi segala ibadat"






ADAB-ADAB BERDOA

Doa yang dipohon kepada Allah s.w.t disertai dengan 'ubudiyyah iaitu dengan roh dan penuh keimanan kepada Allah s.w.t.

- Sebaik-baik orang yang berdoa itu hendaklah menghadap qiblat.

- Mengangkat tangan paras bahu kerana sebuah hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Tuhan kamu hidup dan pemurah. Dia malu kepada hambaNya apabila hambaNya mengangkat tangan mereka berdoa kepadaNya sedangkan Dia membalasnya dengan tangan yang kosong"

- Menyapu tangan ke muka. Ibnu Umar r.a telah meriwayatkan satu hadis yang bermaksud: "Apabila seseorang selesai berdoa, maka hendaklah ia menyapu segala kebaikan (yang berada di tangannya) ke mukanya"

- Tidak memandang ke atas dan ke merata tempat. Mata orang yang berdoa sebaik-baiknya ditumpukan kepada tangan yang diangkatnya atau dipejamkan sahaja jika boleh mendatangkan khusyuk. Ini jelas kerana mereka yang melilau ketika berdoa seolah-olah melakukan dua pekerjaan dalam satu masa. Dan ini tentu tidak menandakan konsentrasi orang yang berdoa.

- Rendahkan suara ketika berdoa. Berdoalah kepada Allah seolah-olah kita berbisik dengannya kerana bisikan ini yang diluahkan secara lansung kepada Allah adalah lebih disukainya daripada suara yang kuat atau berdoa di dalam hati semata-mata. Tidak usah membebankan diri dengan menggunakan bunga bahasa. Sebaik-baiknya berdoalah dengan bahasa yang mudah dan teratur yang lahir daripada sanubari orang yang berdoa itu sendiri. Membaca doa yang ma'thur. Maksudnya, doa ini pernah dibaca oleh para Nabi seperti yang termaktub dalam al-Qur'an, atau yang pernah dibaca oleh baginda Rasulullah s.a.w, atau yang pernah dibaca oleh para sahabat Nabi dan orang-orang yang soleh.

- Khusyu' ketika berdoa. Ini kerana Allah s.w.t tidak memandang kepada hati yang tidak khusyu' kepadaNya ketika berdoa. Yakin dengan perkenan Allah. Setengah orang berdoa dengan separuh keyakinan bahawa kemungkinan doanya diterima dan kemungkinan tidak. Abu Hurairah r.a pernah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ia diperkenankan oleh Allah s.w.t dan ketahuilah bahawa Allah s.w.t tidak akan memperkenankan doa yang dibaca daripada hati yang lalai dan alpa" Ulangi doa sebanyak tiga kali. Rasulullah s.a.w sendiri apabila berdoa dengan sesuatu perkara yang penting baginda mengu

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan para sahabatnya dengan sebuah hadisyang bermaksud: "Diperkenankan untuk kamu doa selagi mana ia tidak terburu-buru dengan berkata: Aku telah berdoa tetapi tidak diperkenankan"

- Isi kandungan doa mestilah baik. Maksudnya doa yang ditujukan kepada Allah s.w.t mestilah mengandungi kebaikan dan bukannya keburukan atau malapetaka untuk diri sendiri atau orang lain. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu berdoa kecelakaan untuk diri kamu, anak-anak kamu, khadam dan harta milik kamu. Sekiranya bertepatan dengan masa yang dimaqbulkan oleh Allah dibimbangi ianya akan diperkenankan"

- Memulakan doa dengan zikrullah dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Menutup doa dengan zikrullah dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Namun perlu diingatkan bahawa apabila seseorang itu inginkan doanya diperkenankan Allah hendaklah ia terlebih dahulu membersihkan dirinya daripada segala kezaliman terutamanya kezaliman yang dilakukan dengan makhluk yang lain dengan cara:

1. Bertaubat terlebih dahulu dengan taubat nasuha bahawa ia tidak akan mengulangi kezaliman itu lagi.

2. Pulangkan segala harta benda yang dirampas dari orang lain langinya sebanyak tiga kali berturut-turut. Jangan terburu-buru agar diperkenankan.

No comments:

Post a Comment