Saturday, December 12, 2009

KEIMANAN YANG SEBENAR

1. Iman yang benar ialah iman yang merangkumi pengertian dan ciri-ciri keimanan yang bersih daripada sifat-sifat Syirik Khafi dan Riya'. Iman yang meresap ke dalam hati dan sentiasa bertahta di dalam jiwa, sentiasa mengerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, serta menjadikan perkara-perkara ghaib seolah-olah hadir di hadapan mata, yang memenuhkan jiwa kita dengan perasaan tenang, tabah dan tetap pendirian, serta berkorban apa saja jalan Allah SWT dan sentiasa mempertingkatkan pergantungan, keyakinan, kepercayaan, tawakkal, harapan, takut dan penyerahan kepada Allah SWT.

2. Apabila erti keimanan seperti ini memenuhi hati dan jiwa seorang Muslim, jiwanya akan bertambah ringan untuk melakukan apa saja tuntutan ibadah dan sentiasa ikhlas semata-mata kepada Allah SWT. Ibadah dan iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang mendalam dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. Kehidupan dunia akan dipenuhi dengan kebahgiaan, kegembiraan dan ketenangan yang terus meresap di dalam seluruh pelusuk jiwa kita. Kejayaan yang indah dan cahaya hidup yang terang benderang akan memenuhi batin seorang Muslim itu. Apabila cahaya batin ini bertambah sinarnya ia akan melimpah ruah di wajah seorang Muslim itu dan sinar itu dapat dilihat dan dirasai oleh orang-orang yang beriman sekali pun kulit Muslim itu hitam atau bersawo matang. Manakala di akhirat pula kemanisan Iman itu lebih manis dari madu.

3. Sebahagian dari tanda-tanda kemanisan Iman ialah kecintaan seorang Muslim itu untuk melakukan ibadah, merasa selesa dan tenang dan sentiasa rasa rindu dan lapang melakukannya. Jangalah kita merasa ianya pelik dan anggap ia satu khaylan kerana kemanisan Iman itu dapat dirasa oleh Ruh sebagaiman lidah merasakan kemanisan makanan. Hadith Rasulullah SAW menyebut:" Jika terdapat perkara ini pada seseorang, beliau akan merasakan kemanisan Iman, beliau sentiasa kasih pada Allah dan RasulNya lebih dari segala sesuatu, beliau akan benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah lepaskannya sepertimana beliau benci dicampakkan semula ke dalam api neraka, beliau kasihi seseorang bukan kerana sesuatu kepentingan tetapi hanyasanya kerana Allah."

4. Iman adalah kemanisan dan kemanisan tersebut akan bertambah jika Iman sentiasa bertambah kuat dan termeteri.

5. Sebahagian dari iman yang benar dan ibadat yang sah ialah Allah SWT akan mencampakkan ilhamdan lintasan-lintasan ke dalam hati mu'min.Ilham dan lintasan ang akan menyuluh jalan orang-orang ang beriman, menolong dalam menyelesaikan permasalahan dan menolong mencari kebenaran.

6. Kasyaf adalah juga sebahagian dari kesan iman yang benar.Kasyaf yang dimaksudkan di sini ialah Allah SWT membukakan tabir yang melindungi sebahagian daripada perkara-perkara yang tersembunyi atau ghaib termasuk juga dalam pengertian kasyaf ini ialah mengetahui bisikan hati, niat dan kelemahan sesetengah manusia dengan izin Allah SWT.Kasyaf seperti dikenali sebagai firasat mu'min.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"takutlah firasat orang-orang mu'min, sesungguhnya ia melihat dengan Nur Allah"

7. Dalam satu Akhtar (kejadian atau kisah ang berlaku pada zaman sahabat) dikisahkan bahawa Saidina Othman Bin 'Affan r.a telah berkata kepada sebahagian orang ramai yang datang menemuinya : "Salah seorang di kalangan kamu yang masuk, sedangkan kesan zina jelas kelihatan di antara dua matanya."Lantas di kalangan yang hadir itu bertanya " Adakah wahyu turun selepas Rasulullah SAW,wahai Amir al-mu'min?"Soalan ini dijawab oleh beliau dengan katanya : "Tidak, malah ianya adalah firasat orang mu'min."Kesan zina tersebut yang dilihat oleh Saidina Othman ialah kesan daripada melihat perkara yang haram, kesan dalam hadith Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa mata itu berzina mata ialah melihat perkara yang haram.

No comments:

Post a Comment