Monday, October 1, 2012

Sudah Lama Tidak Update:)

Kurang lagi 3 minggu, kalau dibiarkan blog ini cukuplah setahun tanpa diupdate oleh diriku,LAST UPDATE SELEPAS KONVOKESYEN TAHUN LEPAS:), MINTA MAAF kepada rakan2 link, kalau tgk terbiar blog ini, kerana terlalu sibuk dengan hal lain, DOAKAN MOGA BLOG INI SENTIASA DIUPDATE. InsyaALLAH, permulaan balik kepada mengendalikan blog ini, saya tidak mahu memberikan pengisian atau perkongsian kepada rakan2 blog, cuma ada beberapa gambar yang ingin dikongsi:)
UNIK CITY CAMPUS, Jalan Sultan Ismail
UNIKL CITY CAMPUS, Jalan Sultan Ismail
YAYASAN SELANGOR, JALAN RAJA MUDA AZIZ KUALA LUMPUR SEKARANG BELAJAR DI SINI: MOGA ALLAH SWT MEMBANTU AKU MELALUI SATU LAGI STAGE DALAM PEMBELAJARAN

Monday, October 24, 2011

Konvo Akademik dan Konvo Tarbiyah




Assalamualaikum warahmatullah,

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Segala puji bagi ALLAH swt yang telah menciptakan dan memberikan kesempatan kepada kita untuk hidup dan terus beramal bagi mendapat Redha dan Syurganya.

Alhamdulillah,

Dengan Izin Allah diberi kesempatan untuk diriku ini untuk berkongsi sesuatu yang saya terfikir ketika berlangsungnya Majlis Penyampaian Diploma UTM pada 22 Oktober 2011 di Skudai baru-baru ini. Disebalik kegembiraan ini ada yang saya fikirkan iaitu "Kita cemerlang dalam Akademik tetapi kecemerlangan tarbiyah dan keimanan Macam mana YA??". Sungguh kerdil diri ini memikirkan soal itu, banyak betul kelemahan yang berada dalam diri,Ucapan TAHNIAH meniti dibibir sahabat dan rakan-rakan sewaktu disana.Sememangnya kita perlu ucapan itu untuk meningkatkan keyakinan dan semangat kita untuk terus belajar dan hidup,Tetapi adakah setakat belajar duniawi sahaja??



Alangkah bagus jika disertakan dengan kecemerlangan akademik,akhlak dan keimanan digabungkan bersama-sama. Kejayaan pelajaran dalam dunia kita tahu dan boleh agak bila kita akan memperoleh kejayaan tetapi kejayaan di Akhirat belum pasti diketahui.Setiap yang hidup pasti akan merasa kematian.Kita perlu teruskan pelajaran Keimanan dan Tarbiyah dimana sahaja kita berada tidak ada masa yang berkecuali.Kekesongan dan kelemahan dalam diri akan merencatkan perjalanan kita menuju kepadaNYA.Oleh itu kita walaupun sudah Graduan Universiti atau belum lagi pasti akan menghadiri MAJLIS KONVOKESYEN yang Pasti iaitu di Padang Masyar,ketika itu baru kita tahu sama ada kita berjaya atau tidak.




Perkongsian ini bukan semata-mata untuk menyatakan Konvokesyen Akademik tidak penting tetapi perlu disertakan dengan Kejayaan didalam Keimananan dan Ketaqwaan kepada YANG MAHA ESA.Penerusan Tarbiyah dan Keimana perlu diteruskan walaupun sudah habis belajar. Kecanggihan dan kemodenan teknologi banyak boleh membantu dalam prospek Keimanan dan Tarbiyah,oleh itu gunakan kelebihan Internet bagi menambah lagi ilmu dunia dan akhirat bersama-sama.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan penghargaan TAHNIAH kepada sahabat dan rakan-rakan KTD yang sudah menjadi Graduan UTM baru-baru ini.Memori bersama-sama tidak dapat dilupakan.Semoga berjaya Di Dunia dan DiAkhirat:)

WaAsalam


Bersama-sama Rusydan dan Syahmi



Bersama-sama family di Majlis Penyampaian Diploma UTMSPACE UTM

Thursday, October 6, 2011

DOA SEWAKTU BERSUJUD & KEISTIMEWAANNYA


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski! p! un aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan





Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Ya Allah Permudahkanlah segala Urusan Hambamu ini agar dapat menempuhi Peperiksaan Akhir Semester 6 dengan sempurna dan cemerlang..Ameen YA Rabb:)


Terima Kasih Buat Semua Kawan-kawanku yang sentiasa membantu diriku dalam pelbagai urusan termasuk dalam menghadapi Exam pada kali ini.

SEMOGA KALIAN MEMBUAT YANG TER TER TER TERBAIK...ALLAHU AKBAR..

Wednesday, May 4, 2011

Konsep Dosa dan Kesannya

Dalam kita menjalani kehidupan di dunia ini kita seharusnya berlumba-lumba untuk mendapatkan keampunan dan pahala yang banyak dari Allah Subhanahu Wata’ala sebagai bekalan di akhirat nanti. Walau bagaimanapun sebagai hamba Allah kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa, sama ada kecil atau besar, sengaja atau pun tidak. Ini kerana sifat semula jadi manusia yang lemah dan mudah tunduk kepada keinginan hawa nafsunya. Tetapi itu bukanlah alasan bagi membolehkan berbuat dosa kerana orang yang beriman setentunya taat kepada perintah Allah Subhanahu Wata’ala dan sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan tidak akan mudah kalah oleh hawa nafsu, sebaliknya berusaha menghindarkan diri dari melakukan dosa dan maksiat. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Ali ‘Imran ayat 133, tafsirnya :

“Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”.

Sebenarnya perkara dosa dan maksiat ini tidak boleh dipandang ringan kerana setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan daripada Allah Subhanahu Wata’ala sama ada di dunia atau di akhirat. Dan ingatlah bahawa balasan dan kesan daripada dosa itu boleh saja Allah Subhanahu Wata’ala timpakan bila-bila masa dan tanpa kita sedari.

Adapun di antara kesan-kesan akibat dari perilaku dosa dan maksiat itu ialah,

Pertama : Menggelapkan hati kerana kegelapan dan kekerasan hati membuat manusia itu semakin jauh dari kebenaran dan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala. Oleh itu hati perlu dijaga dan digilap selalu dengan zikir dan melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata’ala serta menjauhi larangan-Nya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :

“Dari Abi Hurairah Radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya seorang mukmin jika ia melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam”. (Riwayat Imam Ibnu Majah).

Kesan yang kedua pula ialah terhalang dari mendapat rezeki. Perkara ini telah disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, maksudnya :

“Dari Sayuba ia berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Tiada yang dapat menambah umur kecuali amal kebajikan. Dan tiada suatu yang dapat menolak takdir kecuali doa. Dan sesungguhnya seorang itu diharamkan rezeki baginya disebabkan dosa yang diperbuatnya”.

Adapun kesan yang ketiga pula ialah hawa nafsu akan menguasai diri. Bila hawa nafsu telah menguasai diri manusia, sudah setentunya mereka tidak akan dapat menilai tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Mereka juga akan terus hanyut dibuai keseronokan yang akhirnya membawa padah yang buruk dan mendapat kemurkaan daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Jaatsiyah, ayat 23 tafsirnya :

“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu wahai Muhammad terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya : Tuhan yang dipatuhinya dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuinya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeterikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah menjadikan dia berkeadaan demikian? Oleh itu, mengapa kamu wahai orang-orang yang ingkar tidak mahu beringat dan berinsaf?”.

Kesan yang keempat pula ialah mendapat azab dari Allah Subhanahu Wata’ala. Setiap pelaku dosa atau maksiat perlu menyedari bahawa dosa dan maksiat yang dilakukan akan mendapat kemurkaan Allah Subhanahu Wata’ala. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Asy Syuura ayat 30, tafsirnya :

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan atau bala bencana, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa dan dalam pada itu Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu”.

Dari kesan-kesan dosa dan maksiat yang dijelaskan tadi, apakah tidak timbul kesedaran di dalam diri kita untuk menginsafi segala perbuatan dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. Apa yang penting ialah kita hendaklah sentiasa muhasabah diri, bertaubat, berdoa dan seterusnya berazam untuk kembali ke jalan yang benar dan lurus serta diredai Allah Subhanahu Wata’ala. Semoga dengan demikian, Allah Subhanahu Wata’ala Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang akan sentiasa melimpahkan rahmat dan belas kasihan-Nya kepada kita semua sehingga dengannya kita dapat hidup aman bahagia di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah An Nuur, ayat 31 tafsirnya :

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya”.

Saturday, April 23, 2011

Jaga Hati!!!



" Sesungguhnya didalam jasad manusia ada seketul daging, seandainya ia baik maka baiklah anggota badannya, seandainya ia rosak maka rosaklah anggota badannya, ketahuilah! Ianya hati "( HR: Bukhari & Muslim )


Seperti mana penyakit zahir yang menyerang tubuh badan kita yang berpunca dari bakteria, kuman dan virus secara perlahan dan berperingkat yang mampu menjadi kronik dan akhirnya menjadi asbab kepada kematian.

Maka begitu jugalah dengan hati kita yang sentiasa diserang virus, bacteria dan kuman dosa yang mampu menjadi tenat secara beransur ansur dalam berbagai peringkat sehinggalah mematikan hati kita.


Peringkat kuman dosa yang merosakkan hati :


1) Merasa bersalah bila berbuat dosa
Pertama kali melakukan dosa, hati rasa menyesal, bersalah dan resah, kerana perbuatan jahat adalah sesuatu yang berlawanan dengan fitrah kejadian manusia yang tercipta dalam kesucian.

2) Merasa biasa bila berbuat dosa
Namun rasa berdosa tidak bertahan lama apabila dosa diulang-ulang. Rasa berdosa akan hilang sedikit demi sedikit dan hati sudah terbiasa dengan kehadiran dosa. dulu, bila berdosa temannya air mata tapi sekarang alah bias tegal biasa. Hati rela dan tega dalam dosa.

3) Merasa seronok bila berbuat dosa
Dosa itu ku mandi salut keindahan. Sesudah hati terbiasa dengan dosa maka timbul rasa seronok melakukannya.Rasa ketagih, gian, kemaruk mengulangi dosa.Dosa sudah bertukar dari racun menjadi nikmat.Dosa kini sudah bertakhta di dalam dada.

4) Menjadi pembela kepada Dosa
Inilah nafsu yang tak pernah puas, begitu juga syaitan yang berjuang menghasut manusia tanpa kendur dan mundur. Dari rasa berdosa, kemudian biasa dengan dosa, kemudian seronok berbuat dosa dan akhirnya menjadi pejuang dan pembela dosa.Mereka sudah ditahap kritikal kerana mereka mempromosi, menjadi duta kepada dosa.Jika ada ahli agama menegur, maka mereka sedia bangun mempertahankan serta membela perlakuan dosa mereka.


" Hati semakin sakit, semakin keras, menjadi buta, menjadi barah membawa virus munafiq, syirik dan kafir dan akhirnya hati mati "



" Oleh itu hendaklah kita berhati-hati menjaga hati "


Firman Allah : Al-Isra' ayat ; 72

" Dan sesiapa didunia ini buta hatinya, maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya "

Monday, March 28, 2011

Nasihat Imam Ghazali

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Marilah kita semua bersama2 melihat Apakah yang Iman Al-Ghazali ingatkan kepada kita semua.

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya….pertama, Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? . Murid-muridnya menjawab “orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya”. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI . Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua…. Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?. Murid -muridnya menjawab “negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang”. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah MASA LALU. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga…. Apa yang paling besar di dunia ini?. Murid-muridnya menjawah “gunung, bumi dan matahari”. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU (Al A’Raf 179).Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, Apa yang paling berat di dunia ini?. Ada yang menjawab “besi dan gajah”. Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Al Ahzab 72).Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, Apa yang paling ringan di dunia ini?…Ada yang menjawab “kapas, angin, debu dan daun-daunan”. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, Apakah yang paling tajam di dunia ini?…Murid-muridnya menjawab dengan serentak, “pedang”. Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.